Memastikan semua pengurus sekolah dan warga pendidik di Daerah Papar menghayati pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang berkesan dan mendasari budaya kecemerlangan ilmu pengetahuan yang berfokus ke arah pembangunan insan yang berakhlak mulia dan kesejahteraan diri. Dalam pada masa yang sama membentuk murid- murid yang sentiasa berusaha ke arah ke cemerlangan akademik dan kokurikulum melalui sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang strategik, inovatif, dinamik dan futuristik
Memastikan semua sekolah di daerah ini menghayati dan mendasari budaya kecemerlangan yang berterusan dengan menjadikan perancangan strategik pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Papar dan pengurusan berkualiti yang menggunakan kaedah benchmarking sebagai panduan utama dalam pembentukkan iklim sekolah berarcakan kecemerlangan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Memastikan semua sekolah di Daerah Papar memupuk potensi pelajar menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan efektif supaya berkembang dan menyerlah ke arah pembangunan insan yang mengejar kecemerlangan akademik.
Memastikan semua sekolah di daerah Papar berusaha menyuburkan potensi pelajar dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek supaya berkembang dan menyerlah secara menyeluruh ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.