Bengkel ini telah berlangsung pada 3-4 Februari 2026 bertempat di Kolej Komuniti Papar anjuran Sektor Pembelajaran PPD Papar dengan kerjasama Kolej Komuniti Papar dan Kolej Komuniti Beaufort.
Seramai 30 peserta terdiri daripada guru sekolah menengah yang mengajar subjek RBT dan Duta Guru, serta juruteknik komputer telah mengikuti bengkel asas arduino secara hands-on bagi memperkasa PdP STEM dan Digital di sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, urus setia serta pihak Kolej Komuniti Papar dan Kolej Komuniti Beaufort atas kerjasama dan komitmen yang cemerlang dalam menjayakan program ini.
