30 Januari 2023 – Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Papar telah mengadakan Ceramah Motivasi IKRAR ‘Aku Pelajar Hebat’ bertempat di Dewan Masyarakat Papar.
Hadir menyempurnakan majlis perasmian penutupan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas.
Seramai hampir 1,000 orang pelajar Tingkatan 6, 5 dan 4 daripada SMK Kinarut, SMKA Tun Datu Mustapha, SMK Pengalat, SMK Majakir, SMK Takis, SMK Benoni, SMK St. Joseph, SMK St. Mary, SMK Kimanis, SMKA Kimanis dan SMK Bongawan menghadiri program tersebut.
Para peserta program dihidangkan dengan dua slot ceramah yang disampaikan oleh Tuan Hadi Hidayah Tutoh dengan tajuk ‘Aku Pelajar Hebat’ dan Tuan Yusuf Hasni membawa tajuk ‘Hala Tuju Pelajar Selepas Peperiksaan’.
Hadir sama dalam program tersebut Tuan Azrul bin Ibrahim, Pengarah IKRAR, Tuan Bakri Sudin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Tuan Mohamad Adnan Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Papar, Tuan Zamharir Haji Ahmad, Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah Cawangan Papar, Tuan Mohammad Ghazali Hajiji, Setiausaha Politik Kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Tuan Roslie Ibrahim, Setiausaha Sulit Kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, staf PPD Papar, staf IKRAR, guru-guru dan para pelajar terlibat.