13 Jun 2024 ( Khamis )
Bilik Teratai, Pejabat Pendidikan Daerah Papar
Pejabat Pendidikan Daerah Papar dikunjungi oleh rombongan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Papar yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Papar, Supt Kamaruddin Ambo Sakka bersama dengan Ketua-Ketua Bahagian di IPD Papar.
Mesyuarat ini membincangkan sinergi dan gerak kerja yang diatur di antara dua organisasi ini di dalam menyokong aspek keselamatan di dalam bidang Pendidikan. Selain itu, beberapa cadangan aktiviti telah dirancang bersama di dalam takwim 2024 ini.
Semoga kerjasama ini terus dikekalkan dan dijayakan sejajar dengan tema Hari Polis ke-217 “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”