KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN DALAM TALIAN MSSD Papar 2021

Mari ramai-ramai memeriahkan program ini

Langkah anda bakal bermula, buktikan kemahiran anda. Jadilah yang terbaik di antara yang terbaik. Jangan lepaskan peluang menyertai kejohanan ini. Anda berpeluang mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan

 

Tiba masanya untuk anda membuktikan kehebatanmu

 

Butiran Kejohanan Kemahiran Sukan Dalam Talian  2021:

Peringkat Sekolah : 25 Ogos 2021 – 06 September 2021

MSSD: 07 – 17 September 2021

MSSS: 18 – 24 September 2021

MSSM: 03 – 06 Oktober 2021

 

Dashboard Kejohanan boleh dilayari di link berikut :

https://bit.ly/3B8Vaq3

 

Tunggu apa lagi….Ayuh ramai-ramai untuk turut serta????

#PaparSMART

#SukanBakatSabah

#BuktikanKehebatanmu

#MSSSabah

#SabahHebat

 

 

Pemenang Pertandingan e-Bakat 2.0 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 

Sekalung ucapan tahniah buat pelajar-pelajar daerah Papar yang telah memenangi Pertandingan e-Bakat 2.0 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang baru diumumkan sebentar tadi secara dalam talian melalui Youtube.

Syabas buat pengurusan sekolah yang mendukung aspirasi kebersamaan kita dan komitmen padu  dalam meningkatkan potensi dan bakat kemenjadian diri pelajar – pelajar di sekolah masing – masing. Begitu juga sokongan daripada ibu bapa yang amat menggalakkan.

Pemenang yang berjaya akan menerima hadiah ini dalam Majlis Anugerah Bakat peringkat negeri yang akan dimaklumkan kelak.

Syabas dan Tahniah

#paparsmart

Penyertaan Karnival STEM Asasi Sains UMS 2021 anjuran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi , Universiti Malaysia Sabah

 

SMK Pengalat dan SMK St. Joseph melangkah ke peringkat Akhir.

SMK Pengalat, Papar berjaya melangkah ke peringkat Akhir dalam Junior Inventor Competition sempena Karnival STEM Asasi Sains UMS 2021 anjuran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi , Universiti Malaysia Sabah pada 27 Julai 2021.

Tajuk projek mereka pada kali ini ialah “R4 Green Packaging”

Untuk makluman, pada tahun 2020,  2 pasukan SMK Pengalat telah memenangi Naib Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan yang sama.

SMK St Joseph pula melangkah ke peringkat akhir Pertandingan Young Scientist Sci-Fi Show (YSSC) sempena Karnival STEM Asasi Sains UMS 2021 anjuran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi , Universiti Malaysia Sabah juga pada 27 Julai 2021.

Tajuk projek mereka ialah “Dramatic SJS Show”

Kita doakan mereka berjaya menjadi Johan pada edisi tahun ini.

#paparsmart