
admin
PERHIMPUNAN BULANAN & JERAYAWARA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH ZON 3 TAHUN 2022
Anjuran:
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah & PPD Zon 3 (Papar, Kuala Penyu, Beaufort dan Sipitang)
29 Jun 2022
Dewan Masyarakat Daerah Papar

KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Peringkat Negeri Sabah
Zon A (Pantai Barat)
“Transformasi sekolah 2025 memacu kemenjadian murid”
27 Jun 2022
Raia Hotel Kota Kinabalu

Tahniah atas kejayaan dalam Persidangan Penyelidikan Kebangsaan Kali ke XVI Tahun 2022
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Cikgu Wan Nadia Hariani binti Wan Ismail (SMK Kinarut) atas kejayaan mendapat tempat ketiga dalam Persidangan Penyelidikan Kebangsaan Kali ke XVI Tahun 2022. Semoga kejayaan ini akan memberi inspirasi kepada warga guru daerah Papar dalam membudayakan Kajian Tindakan bagi menambah baik amalan PdP. Tahniah!

Tahniah atas Kecemerlangan SPM 2021
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Papar merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kejayaan ini. Moga Prestasi Hebat
ini dapat diteruskan sesuai dengan slogan keramat Papar SMART Mendukung Aspirasi Mendahului Perubahan.

Tahniah Anugerah Guru Inovatif (AGI) 2022
Tahniah atas pencapaian guru-guru dalam pertandingan Anugerah Guru Inovatif (AGI) 2022 bagi kategori Prasekolah dan Sekolah Menengah.
Kategori Prasekolah
1. Siti Zaibah binti Junsim (SK Gana) – Tempat Kedua
Kategori SM
1. Farahiyah binti Che Kob (SMK Kinarut)
2. Mohd. Azmal bin Jalaluddin (SMK Pengalat)
3. Wan Nadia Hariani binti Wan Ismail (SMK Kinarut)
Syabas! Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada kita semua

Program Gerakan Massa, Kembara Keretapi “Terima kasih Cikgu” sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022
Program Gerakan Massa, Kembara Keretapi “Terima kasih Cikgu” sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 telah berlangsung pada tanggal 19 Mei 2022 (Khamis).
Pergerakan keretapi bermula di stesen Tanjung Aru dan melalui 4 stesen keretapi di daerah Papar : Kinarut, Kawang, Papar, Bongawan dan berakhir di stesen Papar yang menjadi lokasi bagi Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022.
Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Misterine binti Radin, Pengarah Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
“GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”
Terima Kasih Cikgu!
