
BERITA & AKTIVITI
SELAMAT BERSARA! ENCIK JAMAL BIN RAMLE
SELAMAT BERSARA!
ENCIK JAMAL BIN RAMLE
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Papar
Pejabat Pendidikan Daerah Papar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Jamal bin Ramle atas jasa dan sumbangan beliau yang amat besar dalam dunia pendidikan, khususnya di daerah Papar.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah menunjukkan komitmen, kepimpinan, dan integriti yang tinggi dalam memacu kecemerlangan Sektor Pengurusan Sekolah serta membimbing warga pendidikan dengan penuh dedikasi.
Kini, tibalah masa untuk beliau melangkah ke fasa kehidupan baharu, fasa rehat yang penuh ketenangan. Walau tidak lagi bersama dalam perkhidmatan, jasa dan bakti Cikgu Jamal akan terus terpahat dalam ingatan.
Selamat bersara dan semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan mendatang.
“Guru bukan hanya penyampai ilmu, tapi pembina generasi.”
Terima kasih, Cikgu Jamal

MAJLIS PENYERAHAN SURAT KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN
Pejabat Pendidikan Daerah Papar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima surat kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan. Majlis penuh bermakna ini telah berlangsung pada 3 Disember 2025 (Rabu), jam 2.00 petang di Bilik Mawar, Aras 3, PPD Papar, dan telah disempurnakan oleh Encik Bakri bin Sudin, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.







Kolokium Program Transformasi Sekolah 2025
Kolokium Program Transformasi Sekolah 2025 Pejabat Pendidikan Daerah Papar bagi Kohort 7 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Disember 2025 dan menghimpunkan 18 sekolah hebat yang berkongsi amalan terbaik penuh inspirasi.
Dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Tuan Bakri bin Sudin, kolokium ini membuktikan bahawa setiap sekolah mempunyai kekuatan tersendiri.
Tahniah atas komitmen luar biasa dan pembentangan yang berkualiti tinggi daripada semua peserta!

Anugerah Showcase TV PSS Negeri Sabah Tahun 2025
Tahniah SK Buang Sayang
Naib Johan Studio TV PSS Terbaik Sekolah Rendah
Guru Perpustakaan dan Media Harapan
Sempena Anugerah Showcase TV PSS Negeri Sabah Tahun 2025. Disampaikan pada 26 November 2025 (Rabu) di Raia Hotel Kota Kinabalu.
