Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

 

Salam ????? ?????,

Pejabat Pendidikan Daerah Papar mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2020 kepada semua warga pendidik yang meraikan khususnya di daerah Papar.

Sambutan kali ini tetap diraikan, walaupun ianya agak berbeza daripada sambutan sebelumnya. Sentiasa menjaga kesihatan diri, keluarga dan persekitaran setempat. Elakkan daripada berhimpun secara ramai dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial. Amalan ini akan menjadi norma baharu bagi kita semua.

Semoga perpaduan, keharmonian dan kemakmuran kepelbagaian bangsa ini terus kukuh dalam usaha menanggani wabak COVID-19.

???????? ????? ?????? ?? ???????? dan ???? ???? ????? ??????

Salam Aidilfitri

 

Salam Aidifitri.

Ramadan kini tiba di penghujungnya. Semoga segala amal ibadah pada bulan yang mulia ini diterima dan disempurnakan oleh Allah SWT.

Syawal merupakan bulan kemenangan kepada umat Islam. Kemenangan melawan hawa nafsu dengan sifat sederhana dan sabar. Dengan amalan norma yang baharu, Aidilfitri kali ini disambut agak berbeza daripada sebelumnya. Semoga kita terus mengamalkannya walau di mana kita berada.

Pada kesempatan ini juga, dengan ingatan tulus ikhlas, warga Pejabat Pendidikan Daerah Papar memohon maaf zahir dan batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020M

#jagajarak #penjarakansosial #disiplindiri #kekalselamat #jagakesihatan #jagakebersihan

 

Selamat Hari Guru

 

Setinggi-tinggi penghargaan buat warga pendidik yang terus bertugas sepanjang PKP ini, walaupun dari rumah.

Guru memainkan peranan dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme. Peranan yang penting bagi membina generasi baharu selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Kini, cabaran dalam peranan ini perlu dipikul dalam suasana norma baharu, yang pastinya memerlukan adaptasi dan kerjasama dari semua pihak.

Jaga kesihatan dan amalkan norma baharu dalam kehidupan.

“??????? ???? ????, ???? ???????? ??????”

Selamat menyambut Hari Guru 2020 kepada semua warga pendidik, khususnya di daerah Papar.