Program Organisasi Mantap Berteraskan Aplikasi Kaunseling (OMBAK)

14 Disember 2024 l Sabtu l Hidden Paradise Resort Papar
Telah berlangsung Program Organisasi Mantap Berteraskan Aplikasi Kaunseling (OMBAK) peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Papar. Program ini berkonsepkan rakan membantu rakan dan berteraskan asas kaunseling yang profesional.
OBJEKTIF PROGRAM OMBAK
1. Membina komitmen dan sikap kerjasama berpasukan.
2. Membina sikap positif, matlamat bersama, dan budaya kerja cemerlang
3. Mencapai wawasan dan matlamat organisasi.
4. Meningkatan aspek-aspek kemahiran dan strategi kerja berpasukan.
5. Meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan kejayaan sesebuah organisasi
6. Sebagai salah satu Workplace Enhancement Program yang terkini dan boleh memberi impak yang berkesan.

Lambaian Kasih Sanjungan Budi: Majlis Persaraan Encik Roland @ Roslan bin Abdul Salam

Pada 22 November 2024 yang lalu, telah berlangsung majlis penuh bermakna untuk menghargai perkhidmatan dan jasa Encik Roland @ Roslan bin Abdul Salam, Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Papar.
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi ini diadakan bagi menghormati sumbangan beliau yang luar biasa dalam dunia pendidikan, serta dedikasi beliau dalam mendidik dan membimbing generasi muda di daerah Papar.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Encik Roland @ Roslan atas segala jasa dan komitmen yang telah diberikan selama ini. Semoga persaraan ini membuka lembaran baru yang penuh kebahagiaan dan kesejahteraan.
Kami di Pejabat Pendidikan Daerah Papar mendoakan Encik Roland @ Roslan terus sukses dalam setiap langkah yang diambil.

MAJLIS JASAMU DIKENANG – SEMEKAR BUDI SEJAMBAK MEMORI

Anjuran: Pejabat Pendidikan Daerah Papar
? 29 Oktober 2024
? Beringgis Beach Resort, Papar
Majlis penuh bermakna ini telah diadakan untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pesara yang telah mencurah bakti kepada bidang pendidikan. Seramai 99 orang pesara daripada 111 yang telah bersara pada tahun 2024 hadir dalam majlis gilang-gemilang ini.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Gulamhaidar Khan @ Yusof bin Khan Bahadar, Pengarah Yayasan Sabah merangkap ADUN N28 Kawang.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pesara atas segala jasa yang telah dicurahkan. Semoga kenangan manis ini terus terpahat dalam ingatan, dan budi kalian dikenang sepanjang masa.

Program Madinatul Ilmi Pendidikan Islam Daerah Papar

Alhamdulillah.. telah selesai Program Madinatul Ilmi Pendidikan Islam Daerah Papar yang berlangsung selama 2 hari pada 11-12 Oktober 2024 di SMK Benoni Papar.
Tahniah kepada SMK Benoni selaku tuan rumah yang cemerlang. Begitu juga dengan 9 buah SMK Daerah Papar dan Tahfiz Kg Benoni yang terlibat sebagai peserta dan Ajk dalam program ini. Program dirasmikan oleh En Bakri Bin Sudin, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 & Anugerah Apresiasi Pengurusan Sekolah 2024

Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Papar.
Pada 8 Oktober 2024 yang lalu, telah berlangsung majlis yang penuh makna bertempat di Sabah International Convention Center (SICC), yang dirasmikan oleh YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, merangkap Ahli Parlimen Papar. Beliau diwakili oleh YBhg Tuan Mohd Ghazali bin DSP Haji Hajiji, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023: Tahniah kepada 187 orang penerima yang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen cemerlang dalam perkhidmatan mereka!
Anugerah Apresiasi Pengurusan Sekolah 2024: Sebanyak 21 orang penerima, termasuk 2 tokoh penting dalam kepimpinan dan perguruan, diiktiraf atas sumbangan luar biasa dalam pengurusan dan pembangunan sekolah.
Semoga pencapaian ini menjadi sumber inspirasi kepada semua untuk terus maju dan memberikan yang terbaik demi kecemerlangan pendidikan di daerah Papar.

Program Pemantapan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Sekolah (NKISS) Peringkat Kebangsaan Zon Sabah Labuan

Program Pemantapan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Sekolah (NKISS) Peringkat Kebangsaan Zon Sabah Labuan telah berlangsung di Masindung Resort Kawang Papar pada 8-10 Oktober 2024.
Program dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersama Pejabat Pendidikan Darrah Papar. Program melibatkan peserta NKISS dari seluruh SMKA di Sabah dan Labuan.
Tahniah kepada SMK Kinarut, SMK Majakir dan SMK Pengalat yang menjadi lokasi dan penyelaras bagi aktiviti utama iaitu Rehlah Qiyadi dalam program tersebut yang melibatkan 150 pelajar sebagai peserta dalam aktiviti tersebut.
Tahniah juga kepada urusetia pelaksana dari SMKA TDM Limauan. Tahniah juga kepada SMKA Kimanis dan SMKA TDM Limauan yang turut menyertai NKISS ini.
Tahniah semua yang terlibat