MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2024 & MAJLIS APRESIASI PENGURUSAN SEKOLAH (MAPenS) 2025 PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2024 & MAJLIS APRESIASI PENGURUSAN SEKOLAH (MAPenS) 2025 PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR

Pejabat Pendidikan Daerah Papar telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah 2025 pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, merangkap Ahli Parlimen P175 Papar.
Seramai 184 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 22 orang penerima Apresiasi Pengurusan Sekolah telah diraikan sebagai menghargai sumbangan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Turut disampaikan ialah dua anugerah utama iaitu, Anugerah Tokoh Kepimpinan dan Anugerah Tokoh Guru.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga terus berbakti dengan penuh dedikasi dan berintegriti dalam memartabatkan sistem pendidikan negara.