MAJLIS JASAMU DIKENANG 2025

MAJLIS JASAMU DIKENANG 2025

“Bakti Disanjung, Budi Dijunjung”
Pejabat Pendidikan Daerah Papar telah berjaya melangsungkan Majlis Jasamu Dikenang Peringkat Daerah Papar Tahun 2025 pada 13 November 2025 (Khamis) bertempat di Beringgis Beach Resort.
Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan para warga pendidikan yang telah menamatkan perkhidmatan sama ada melalui persaraan pilihan mahupun persaraan wajib. Setiap detik dan khidmat bakti yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan dan dihargai sepanjang zaman.
PPD Papar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala usaha, komitmen serta dedikasi yang telah diberikan oleh tuan/puan sepanjang berkhidmat di daerah Papar. Semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.