Pejabat Pendidikan Daerah Papar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima surat kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan.
Majlis penuh bermakna ini telah berlangsung pada 22 September 2025 (Isnin), jam 2.00 petang di Bilik Mawar, Aras 3, PPD Papar, dan telah disempurnakan oleh Encik Bakri bin Sudin, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.
Semoga anugerah ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberi khidmat terbaik dalam dunia pendidikan.
