
admin
Tahniah atas Pentauliahan Certified Coach
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Papar mengucapkan Tahniah atas Pentauliahan Certified Coach kepada En. Suhaimi Hj Matshah PPD Papar. Moga dapat meneruskan Kecemerlangan di Daerah Papar.


Majlis Anugerah Apresiasi Sektor Pembangunan Murid PPD Papar 2021

Tahniah Anugerah Pekerja Contoh Bulan November Kategori Pengurusan Tertinggi JPN Sabah


Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan Semua Warga Pendidikan Daerah Papar mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada En Suhaimi @ Suhaini Bin Haji Matshah di atas Anugerah Pekerja Contoh Bulan November Kategori Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
#PaparSMART
Perkongsian Hasil Projek Murid
Layari Perkongsian Hasil Projek Murid melalui http://bit.ly/PROJEK-MURID-RBT bagi mendapatkan idea dan rujukan hasil dari perkongsian murid Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah subjek Rekabentuk dan Teknologi (RBT) .

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ( APC ) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR TAHUN 2020
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Papar SMART.
“Mendukung Aspirasi Mendahului Perubahan”
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ( APC ) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PAPAR TAHUN 2020
Sukacita dijemput semua warga pendidikan hadir menyaksikan majlis ini.
Tarikh : 30 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Pautan YOUTUBE : https://youtu.be/pIxq96qwTXk
Semoga kehadiran Datuk / Datin /Tuan / Puan akan lebih memeriahkan lagi majlis ini.
Sekian, terima kasih.
PAPAR SMART MENDUKUNG ASPIRASI MENDAHULUI PERUBAHAN

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri Pendidikan II ke SK Pekan Kimanis



Pagi ini, YB Datuk Mohamad bin Haji Alamin Timbalan Menteri Pendidikan II telah membuat lawatan kerja rasmi ke SK Pekan Kimanis.
Lawatan ini juga disertai bersama En. Mohd Zaini Yanin Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. En. Farzi Ahmad Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Infrastruktur dan Perolehan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. En. Suhaimi Haji Matshah Pegawai Pendidikan Daerah Papar dan rombongan Timbalan Menteri, JPN Sabah dan PPD Papar.
SK Pekan Kimanis yang merupakan Sekolah di dalam Program Sekolah Amanah telah berkongsi amalan terbaik dan perkembangan aktiviti yang sedang berlangsung di sekolah kepada tetamu yang hadir.
#paparsmart
#mendukungaspirasimendahuluiperubahan
