
admin
Karnival INOSEL Zon Selatan
Salam #paparsmart
Unit Dasar, Penyelidikan dan Inovasi, Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan Daerah Papar mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH atas kejayaan guru-guru inovasi Papar dalam Karnival Inovasi Zon Selatan (INOSEL) 2021.
INOSEL anjuran gabungan 4 buah PPD Zon Selatan iaitu Beaufort (pengelola), Papar (teknikal), Sipitang (siaraya) dan Kuala Penyu (protokol).
Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Mohamad bin Haji Alamin, Timbalan Menteri Pendidikan II Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.176 Kimanis.
Selamat maju jaya kepada semua pemenang INOSEL yang akan berentap dalam Pertandingan Anugerah Inovasi JPN Sabah (ANINOS) peringkat negeri Sabah.
Saringan : 09-14 Oktober 2021
Akhir : 21 Oktober 2021
Penutupan : 29 Oktober 2021
Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada semua guru dalam daerah Papar. Syabas dan tahniah!
#jpnsabah #mampu #kik #inosel #aninos #sabahmajujaya
Sidang langsung:
Montaj MAMPU Sabah (kredit)
https://www.youtube.com/watch?v=lB5at0L3nok
Perhimpunan Bulanan Pejabat Pendidikan Daerah Papar Bilangan 4/2021
Perhimpunan Bulanan Pejabat Pendidikan Daerah Papar Bilangan 4/2021 bagi bulan September dan Majlis Perpisahan Encik Suhaimi bin Haji Basri, Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Papar. Selepas ini, beliau akan menggalas tugas sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar, Sipitang.
Perhimpunan bulanan kali ini dikelolakan oleh Sektor Pembangunan Murid.
Tarikh : 30 September 2021
Tempat : Bilik Mawar, Aras 3, Pejabat Pendidikan Daerah Papar
Pautan Youtube :


TAHNIAH kepada SMK Pengalat atas kejayaan Guru dalam e-Seminar Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan 2021 Peringkat Kebangsaan
Pejabat Pendidikan Daerah Papar mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada SMK Pengalat atas kejayaan guru-guru dalam e-Seminar Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan 2021 Peringkat Kebangsaan, anjuran Institut Perguruan Kampus Sarawak. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada semua guru dalam daerah Papar. Syabas dan terbaik!
Kredit poster: PK Pentadbiran SMK Pengalat Papar

Pertandingan MULTINOTE
Peluang mempamerkan kreativiti anda. Jom sertai pertandingan MULTINOTE. Terbuka kepada semua murid Sains Sukan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 daerah Papar. Ilmu dapat, ganjaran pun dapat. Ayuh, tunjukkan kebolehan anda!
Anjuran:
Panitia Sains Sukan Daerah Papar
dengan kerjasama
Unit Sains Sosial Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Papar

KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN DALAM TALIAN MSSD Papar 2021

Mari ramai-ramai memeriahkan program ini
Langkah anda bakal bermula, buktikan kemahiran anda. Jadilah yang terbaik di antara yang terbaik. Jangan lepaskan peluang menyertai kejohanan ini. Anda berpeluang mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan
Tiba masanya untuk anda membuktikan kehebatanmu
Butiran Kejohanan Kemahiran Sukan Dalam Talian 2021:
Peringkat Sekolah : 25 Ogos 2021 – 06 September 2021
MSSD: 07 – 17 September 2021
MSSS: 18 – 24 September 2021
MSSM: 03 – 06 Oktober 2021
Dashboard Kejohanan boleh dilayari di link berikut :
https://bit.ly/3B8Vaq3
Tunggu apa lagi….Ayuh ramai-ramai untuk turut serta????
#PaparSMART
#SukanBakatSabah
#BuktikanKehebatanmu
#MSSSabah
#SabahHebat