
admin
Seminar Team Building untuk Pegawai dan Staf PPD Papar
Seminar tersebut disampaikan oleh CR Haji Mohd Makhtar Haji Nor dari MBK Dynamics Consultant. Beliau seorang yang tidak asing dalam arena Kaunseling , Motivasi dan Pemantapan Jati Diri di negeri Sabah.
Seminar yang dikendalikan bersama oleh Sektor Perancangan PPD dan Kaunselor Pendidikan Daerah ini turut dijayakan bersama oleh Tuan PPD Papar En. Suhaimi @ Suhaini bin Hj Matshah, Timbalan-Timbalan PPD, Pegawai- Pegawai serta Staf Sokongan PPD Papar.
Terima Kasih buat MBK Dynamics Consultant kerana hadir dan menyuntik semangat kerja berpasukan serta peningkatan aura positif dalam kalangan Staf PPD Papar.

Anugerah Pekerja Contoh Bulan Mac 2021 Kategori Pengurusan Tertinggi Pejabat Pendidikan Daerah.
Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan Semua Warga Pendidikan Daerah Papar mengucapkan Syabas dan Tahniah Pada En Suhaimi @ Suhaini Bin Matshah atas Anugerah Pekerja Contoh Bulan Mac Kategori Pengurusan Tertinggi Pejabat Pendidikan Daerah.







