Majlis Penyampaian Sumbangan Tabungan SSPN Pelajar Daerah Papar 2021 oleh Yayasan Jiwa Malaysia

Bertempat di Bilik Gerakan Mawar, Pejabat Pendidikan Papar , Majlis Penyampaian Sumbangan Tabungan SSPN Pelajar Daerah Papar 2021 telah diadakan.
Majlis ini dirasmikan oleh Ybhg Datuk Hajah Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Pengerusi Yayasan Jiwa Malaysia.
Seramai 25 orang pelajar yang terpilih daripada 8 buah sekolah di Parlimen Papar menerima sumbangan berupa Sijil Pembukaan Tabungan SSPN.
Sumbangan ini merupakan usaha Ybhg Datuk Hajah Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin menerusi Kementerian Pengajian Tinggi
yang diterajui oleh Menteri YB Datuk Hajah Noraini binti Ahmad. SSPN merupakan produk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ).
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Suhaimi Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Pengetua dan Wakil Pengetua 8 buah Sekolah Menengah serta ibu bapa dan penerima sumbangan.

Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Set Beg Sekolah

Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan set Beg Sekolah kepada sekolah terpilih Daerah Papar (SJKC Anglo Chinese, SK Kaiduan, SK Gana dan SK Langkawit) di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.
Pejabat Pendidikan Daerah Papar merakamkan Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YB Menteri dan wakil Kementerian En Ak Abd Alim Pg Abd Ghani atas sumbangan tersebut moga ianya mencetuskan semangat terus melakar kejayaan bagi anak-anak Papar.

Program Walkabout YB Datuk Haji Mohd. Arifin bin Hj. Mohd. Arif

Program Walkabout YB Datuk Haji Mohd. Arifin bin Hj. Mohd. Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap EXCO Pendidikan Sabah dalam Siri Jelajah Daerah Papar, Membakut, Kuala Penyu dan Beaufort.
Pejabat Pendidikan Daerah Papar menerima suntikan motivasi dan amanat daripada YB Menteri dalam memastikan pembelajaran anak-anak Sabah terbela. Turut bersama rombongan ialah YB Tamin Zainal, Pembantu Menteri Perindustrian Sabah merangkap ADUN Pantai Manis dan Pengarah JAKIM Sabah Tn Hj Norjali bin Mat Dais.
PPD Papar mengucapkan Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih atas kunjungan YB Menteri.

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia( Sektor Operasi Sekolah )

SMK Pengalat, Papar hari ini telah menerima Lawatan Kerja daripada Datuk Haji Adzman Talib Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ( Sektor Operasi Sekolah ).
Dalam lawatan tersebut beliau meninjau persiapan sekolah dalam persediaan pembukaan sekolah akan datang.
Beliau juga menyampaikan amanat dan perkongsian beliau.
Lawatan tersebut juga dihadiri bersama Datuk Dr. Mistirine Radin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Dr Haji Kassim Tusin, KPPK Sektor Pendidikan Islam yang menjalankan tugas Ketua Sektor Pembelajaran, En. Suhaimi Haji Matshah Pegawai Pendidikan Daerah Papar, Pn. Zarida Junaidi Pengetua SMK Pengalat, Tn. Haji Abdul Aziz Mohamed Zain Pengetua Cemerlang JUSA C SMK Majakir, Pegawai dari JPN Sabah, PPD Papar, YDP PIBG SMK Pengalat dan warga SMK Pengalat.
Bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Papar, terima kasih di atas kehadiran rombongan dari pihak Kementerian dan Jabatan Pendidikan.