Telah berlangsung sesi serah tugas En. George Antonius, Guru Besar SK Our Lady of Fatimah kepada Encik Bakri bin Sudin, Pegawai Pendidikan Daerah yang akan bersara pada 22 Julai 2024.
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Papar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Henry Kenneth Lawrance atas segala jasa, budi, sokongan, sumbangan dan bakti sepanjang menjalankan amanah di PPD Papar.
Kami juga mengucapkan dan mendoakan semoga terus cemerlang di tempat bertugas yang baharu dan diberikan kesihatan yang baik.
Pejabat Pendidikan Daerah Papar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga berkat dan rahmat Allah sentiasa menyertai kita sekeluarga dalam setiap ibadah dan pengorbanan. Semoga hari yang mulia ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada kita semua.
Pejabat Pendidikan Daerah Papar dikunjungi oleh rombongan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Papar yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Papar, Supt Kamaruddin Ambo Sakka bersama dengan Ketua-Ketua Bahagian di IPD Papar.
Mesyuarat ini membincangkan sinergi dan gerak kerja yang diatur di antara dua organisasi ini di dalam menyokong aspek keselamatan di dalam bidang Pendidikan. Selain itu, beberapa cadangan aktiviti telah dirancang bersama di dalam takwim 2024 ini.
Semoga kerjasama ini terus dikekalkan dan dijayakan sejajar dengan tema Hari Polis ke-217 “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”