Program Ihya Ramadhan 2024

Program Ihya Ramadhan 2024

Program Ihya Ramadhan 2024
Program tahunan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah kembali lagi.
16 Mac 2024 ( Sabtu )
SMK Benoni
Aktiviti “Jom Sahur “ yang dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Papar Encik Bakri bin Sudin serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Papar Encik Suzlan bin Suhaili serta rombongan dari PPD Papar.
Program ”Jom Sahur “ kali ini menyantuni pelajar – pelajar Asrama SMK Benoni. Seawal jam 4.00 pagi, Tuan Pengetua SMK Benoni Tuan Haji Ikhbal Khan bin Ismail serta warga SMK Benoni telah menyambut kehadiran rombongan PPD Papar.
Antara pengisian program ialah bersahur bersama pelajar asrama, Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Pg Ilham bin Pg Musa.
Semoga Ramadhan ini memberi seribu keberkatan, rahmat dan keinsafan buat kita semua.