Majlis Penyerahan Surat Penempatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer

30 Julai 2024 l 9.00 Pagi l Selasa
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Penempatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer di Bilik Teratai, Pejabat Pendidikan Daerah Papar. Penyampaian Surat Penempatan telah disampaikan oleh Encik Bakri bin Sudin, Pegawai Pendidikan Daerah Papar kepada 25 orang yang terdiri daripada PPTM dan JTK yang ditempatkan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Papar.

Majlis Santunan Budi, Tautan Kasih Encik Henry Kenneth Lawrence

28 Jun 2024 (Jumaat )
Bilik Mawar, Pejabat Pendidikan Daerah Papar
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Papar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Henry Kenneth Lawrance atas segala jasa, budi, sokongan, sumbangan dan bakti sepanjang menjalankan amanah di PPD Papar.
Kami juga mengucapkan dan mendoakan semoga terus cemerlang di tempat bertugas yang baharu dan diberikan kesihatan yang baik.
Terima Kasih Cikgu HKL.