
BERITA & AKTIVITI
Program Organisasi Mantap Berteraskan Aplikasi Kaunseling (OMBAK)
14 Disember 2024 l Sabtu l Hidden Paradise Resort Papar
Telah berlangsung Program Organisasi Mantap Berteraskan Aplikasi Kaunseling (OMBAK) peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Papar. Program ini berkonsepkan rakan membantu rakan dan berteraskan asas kaunseling yang profesional.
OBJEKTIF PROGRAM OMBAK
1. Membina komitmen dan sikap kerjasama berpasukan.
2. Membina sikap positif, matlamat bersama, dan budaya kerja cemerlang
3. Mencapai wawasan dan matlamat organisasi.
4. Meningkatan aspek-aspek kemahiran dan strategi kerja berpasukan.
5. Meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan kejayaan sesebuah organisasi
6. Sebagai salah satu Workplace Enhancement Program yang terkini dan boleh memberi impak yang berkesan.

Lambaian Kasih Sanjungan Budi: Majlis Persaraan Encik Roland @ Roslan bin Abdul Salam
Pada 22 November 2024 yang lalu, telah berlangsung majlis penuh bermakna untuk menghargai perkhidmatan dan jasa Encik Roland @ Roslan bin Abdul Salam, Penolong Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Papar.
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi ini diadakan bagi menghormati sumbangan beliau yang luar biasa dalam dunia pendidikan, serta dedikasi beliau dalam mendidik dan membimbing generasi muda di daerah Papar.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Encik Roland @ Roslan atas segala jasa dan komitmen yang telah diberikan selama ini. Semoga persaraan ini membuka lembaran baru yang penuh kebahagiaan dan kesejahteraan.
Kami di Pejabat Pendidikan Daerah Papar mendoakan Encik Roland @ Roslan terus sukses dalam setiap langkah yang diambil.

Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat TBBK untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG32 hingga DG54 serta Guru Cemerlang Gred DG48
Tarikh : 21 Oktober 2024 yang lalu.
Majlis ini disempurnakan oleh Encik Bakri bin Sudin, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.
Tahniah kepada semua penerima! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berkhidmat dan memberikan yang terbaik dalam bidang pendidikan.






